0
Your Cart
0
Your Cart

Dealer/Reseller Package

Cara Membuat Order

  • Daftar sebagai dealer melalui form dibawah, atau boleh klik sini terus. [DAFTAR] . Tiada sebarang fees untuk pendaftaran,
  • Selepas selesai mendaftar, boleh terus ke produk page dan Add-To-Cart produk untuk proceed order. 
  • Admin akan confirmkan order anda dan kami akan contact anda melalui Whatsapp untuk proceed payment. Payment adalah melalui QR payment atau online transfer (akan diberi melalui whatsapp)
  • Selepas full payment dibuat, kami akan start proces order anda.
  • Penghantaran/Shipping akan dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh order dan pembayaran penuh dibuat. 

Terma & Syarat

Pendaftaran sebagai Dealer/Reseller ZARCO diutamakan kepada:

  • Pemilik kedai pancing (fizikal mahupun online).
  • Individu yang berminat untuk menjual dengan membawa masuk barangan memancing dari jenama ZARCO, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti pemancingan udang galah.
 
Polisi Promosi Dealer/Reseller

Pihak ZARCO tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk promosi yang dijalankan oleh
Dealer/Reseller seperti:

  • Free gift, Giveaway, Diskaun, Beli 1-Percuma-1, dan sebagainya

Walau bagaimanapun, promosi sedemikian dibenarkan dengan syarat:

  • Ia tidak menjejaskan imej dan reputasi jenama ZARCO.
  • Ia tidak bercanggah dengan sebarang dasar harga minimum atau etika jualan yang ditetapkan.
 
Polisi Harga Jualan

Dealer/Reseller tidak dibenarkan menjual mana-mana produk ZARCO pada harga yang melebihi harga jualan runcit (RP) yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan harga pasaran, pihak ZARCO akan memaklumkan secara rasmi kepada semua Dealer/Reseller yang  berdaftar terlebih dahulu.

 

Harga dan MOQ 

Harga khas Dealer/Reseller hanya sah kepada dealer yang berdaftar dan order yang memenuhi MOQ seperti yang ditetapkan oleh pihak ZARCO. Pihak ZARCO berhak untuk menyemak semula MOQ dari semasa ke semasa dengan notis pemberitahuan awal sekiranya ada.

 

Tempoh Pemprosesan Tempahan

Bagi setiap tempahan yang bersamaan atau melebihi 50 botol ke atas, tempoh pemprosesan dan penyediaan order akan disiapkan dalam masa 7 hari dari tarikh order dan pembayaran penuh diterima. Tempahan dibawah 50 botol akan disiapkan pada hari yang sama sekiranya stok masih ada. Sebarang kelewatan yang melibatkan faktor luar seperti kekangan logistik, cuaca atau pihak ketiga akan dimaklumkan kepada Dealer/Reseller terlebih awal jika perlu.

 

Penghantaran Order

Untuk setiap order dan penghantaran melalui courier akan disertakan sekali bersama caj insurans parcel untuk mengelakkan risiko kerugian , ianya termasuk parcel hilang atau rosak semasa penghantaran. Harga yang tertera pada checkout page adalah termasuk sekali bersama caj insurans mengikut nilai order dan pilihan courier company yang boleh dipilih.  Manakala untuk penghantaran melalui “Seller Delivery” atau “Self-Pickup”, tiada caj insurans parcel dikenakan. 

 

Pihak ZARCO berhak untuk mengubah, meminda atau mengemas kini mana-mana maklumat, harga, mahupun polisi yang berkaitan dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada semua Dealer/Reseller yang berdaftar.

Copyright

PRODUK HIGH DEMAND UNTUK PEMANCING UDANG GALAH!

Daftar Sekarang Dibawah

FREE SHIPPING untuk 1 carton order yang pertama — FREE Sticker Merchandise (100pcs) khas untuk pendaftaran terawal sahaja.

0